Thursday, 27 October 2016

SEJARAH KG. PINANG (BATIBA)

Kampung JKKK Kg. Pinang atau Kampung Batang Tiga Barat ( BATIBA ) di terokai kira-kira 1980-an oleh seorang guru agama iaitu Tuan Hj. Ibrahim Bin Hj. Abd Aziz. Beliau adalah anak kepada Tuan Hj. Abd Aziz orang Jawa yang soleh beragama dari Mekah. Beliau mempunyai darah campuran Jawa dan Arab.

Menurut cerita orang tua kampung, nama kampung di ambil sempena pokok asam yang bercabang tiga. Kemudian nama kampung ini diberikan Kampung Batang Tiga.  Pada tahun 1950-an, Kampung Batang Tiga di bahagikan kepada dua kawasan iaitu Kampung Batang Tiga Barat dan satu lagi Kampung Batang Tiga Timur.

Kampung BATIBA mula dikenali pada tahun 1950-an apabila Cawangan UMNO Batang Tiga Barat di wujudkan untuk berjuang bagi memperolehi kemerdekaan. Orang yang pertama menjadi Ketu UMNO BATIBA ialah Allahyarham Hasan Bin Baba (Hasan Belut). Allahyarham Tun Gaffar Baba (Bekas Timbalan Perdana Menteri) telah merasmikan penubuhan Cawangan UMNO itu.Selepas Allahyarham Hassan, jawatan Ketua UMNO di ambil alih oleh seorang guru besar Sekolah Kebangsaan Lereh, Tn. Hj. Harun Bin Mohd Ali.
  
Sejarah yang paling manis bagi Kampung BATIBA ialah pada tahun 1968 apabila Allahyarham Tun Abd Razak (Timbalan Perdana Menteri pada masa itu) merasmikan bangunan Masjid tambahan bagi Masjid Pokok Asam, Batang Tiga.

Kini BATIBA berdiri dengan megahnya bukan sahaja seorang pemimpin yang hadir malah berpuluh kepimpinan yang telah datang ke BATIBA melalui program yang dianjurkan mahupun lawatan rasmi. Antaranya ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Abu Zahar Isnin, Datuk Yunus Husin (EXCO Melaka), Datuk Yaakup Md. Amin (EXCO Melaka), Datuk R. Ragavan (EXCO Melaka), Datuk Idris Harun (Ahli Parlimen), Datuk Prof. Dr. Rudin Abd Ghani (Setiausaha Parlimen Kementerian Sains dan Inovasi Malaysia), Datuk Ishak Ismail (ADUN Lenggeng Negeri Sembilan) dan Datuk Tahir Hassan (ADUN Paya Rumput).

Selain peningkatan penduduk,  BATIBA juga banyak melahirkan tokoh-tokoh kebangsaan mahupun peringkat negeri. Taraf hidup penduduk BATIBA bertambah baik.
Antara kejayaan yang paling manis bagi BATIBA ialah apabila menjadi 2 kali Johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Melaka dan di istiharkan Gerakan Belia 4B yang terbaik di Negeri Melaka. Dan juga Naib Johan Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan. Selain itu BATIBA juga pernah mendapat naib johan peringkat Daerah Melaka Tengah bagi pertandingan Anugerah Desa Cemerlang pada tahun 2007.



Senarai laman web untuk permohonan kursus usahawan :-

http://www.doa.gov.my/kursus-keusahawanan-kemahiran-pemprosesan-makanan-pbu-
https://www.tekun.gov.my/ms/usahawan-tekun/institut-keusahawanan-tekun-nasional/
http://www.pusma.gov.my/info-pusma/borang/borang-kursus-pusma-belum-berniaga/
http://www.mara.gov.my/


Senarai Kusus yan dihadiri:-



KURSUS PEKEBUN KECIL KELAPA SAWIT BERSAMA MPOB YANG DIRASMIKAN OLEH YB DATUK HASAN BIN RAHMAN




KURSUS PEMBENIHAN ANAK SAWIT (NURSERY) DI JENGKA PAHANG


PROGRAM BOOTCAMP EUSAHAWAN DI SERI NEGERI AYER KEROH MELAKA

CERAMAH DISAMPAIKAN OLEH FIZO OMAR


CERAMAH DISAMPAIKAN OLEH DATUK ALIF SYUKRI


SELFIE BERSAMA DATO' ALIF SYUKRI DAN RAKAN-RAKAN KURSUS



KURSUS EUSAHAWAN NEGERI MELAKA DI SERI NEGERI, AYER KEROH MELAKA

No comments:

Post a Comment